Dunia Masyarakat

Wednesday, 17 December 2014

Pengenalan

Oleh : Hawa

Bismillahirrahmanirrahim

Pejam celik pejam celik, kita sudah berada pada penamat lembaran tahun 2014. Masih tidak terlalu lewat sebelum 2015 bakal menjengah, lahirnya blog ini hasil daripada Bengkel Advokasi Media anjuran Spices khusus untuk fokus dalam bidang penulisan dakwah aktivis.

Perancangan tentang penulisan blog ini diberikan semasa aktiviti tugasan kumpulan. Alhamdulillah hasil persetujuan bersama, kami sepakat untuk melakukannya secara bersungguh-sungguh secara istiqamah dan memperbaiki kualiti penulisan kami. 

Besar harapan kami agar pengalaman sebagai aktivis dakwah yang turun ke lapangan berjumpa secara terus dengan masyarakat dapat diterjemahkan melalui karya penulisan. Kesibukan kami sebagai hamba Allah SWT, pelajar, pekerja dan aktivis dakwah seharusnya tidak menghadkan kami berkarya.

Menyentuh sedikit sahaja tentang pengisian Travelog Adam Hawa, penulisan ini memaparkan tema sensasinya iaitu pengalaman sebenar tentang Dunia Masyarakat dan buah tangan istimewa dari kami penulis Adam dan Hawa. InsyaAllah dengan izin-Nya, kami bercita-cita tinggi mahu menyediakan ke tahap penulisan portal aktivis dahwah. Amin.




No comments:

Post a Comment